B.L.O.G.clicks!

Friday, July 2, 2010

: : Happy Friday : :



..giving out friday hugs..
have a great weekend

Thursday, July 1, 2010

: : Ubat Stress? : :


S T R E S S



..stress itu adalah kehidupan..anda tidak dapat lari daripadanya.. (..uhuiii~ skema benar ayatku:P) sekiranya anda tertekan..anda tidak keseorangan..aku sedia meneman..aku stress..stress melampau..tidak terbendung lagi..argghhh!!!!!

Dr. de-Stress..HELP ME!!!!! jangan bimbang..stress hanyalah ujian dunia..yg ada ubatnya..makanlah 'stress'ipsil:D namun keberkesanannya masih diragui ramai pihak..justeru..marilah mencuba petua2 de-stress yg ternyata keberkesanannya dan telah mendapat pengiktirafan Dr. de-Stress..ngeh3x~


1. M A K A N
..ini makan bukan sebarang makan..bagi penggemar cokelat..anda sangat bertuah..cokelat mampu merendahkan hormon stress (cortisol)..makanlah cokelat sampai gumuks..terbukti anda suka hati..hihihi:P


..bagi yang anti-cokelat..aku rekemen pi makan megi ruski perisa tomyam..panas2..kalau tahap stress tu melampau sangat..digalakkan tambah beberapa bijik cili api ke dalam resepi megi tu..kepedasan bakal mengatasi segalanya..stress akan hilang dengan serta-merta..hahaha:D

2. M E N A N G I S
..air mata mampu meredakan stress..kenapa? tak percaya? ..secara saintifiknya..ya:) panjang pulak kalau aku nak cerita..pendek cerita..menangis itu sihat..


..kehebatan air mata tidak dapat disangkal dapat menggalakkan produksi hormon happy! (endorphin) ubat tanpa kos kot:P free of charge! hahaha:D hah? hati kering? susah mau nangis? sebab tu la awal2 aku dah rekemen makan megi ruski hot2..sure nangis punya!!! wawawa:D

3. M E L E P A K . M E M B U A N G . H A J A T
..di kala anda resah gelisah nescaya anda tidak senang duduk kecuali di zon membuang hajat..hahaha:D di situ anda bebas dari dunia luar..ala2 mini escape gitu..ketenangan tanpa batasan..ditambah pulak dengan bau2 harum aromaterapi..pastikan tidak dicemari dengan bau yang tidak diingini walaupun daripada diri sendiri:P nahas nanti! hihihi;D megi ruski tadi setidak2nya dapat membantu kelancaran serta kelinciran proses membuang hajat..hehehe..tips ini memerlukan kos sekiranya melibatkan zon awam berbayar..hohoho:D


4. M A S S A G E
..indahnya dunia..tatkala badan dimanja..hahaha..berikan layanan istimewa kepada badan anda yang berada dalam kemurungan..tambah2 kalau terkena sumpahan megi ruski tomyam pedas:P masa untuk meregangkan otot2 di perut! yezza~ jom massage jom! boh body massage tengok..paling cokia pon foot massage la..argghhh~


..hah~ amik!!! lega tak?;D

5. M U Z I K + M E L O D I
..ditegaskan bahawa pemilihan muzik mestilah bersesuaian..muzik instrumental yang tidak menimbulkan bibit2 keresahan amatlah disyorkan..alunan melodi indah..wah2~ mempesona..hahaha:D mula dah..dengarkan lagu2 bernada rendah minus 1:P ini kerana dikhuatiri lirik lagu bakal mencetuskan emosi tidak stabil dalam diri dan mengundang stress melampau..peace!

6. M E G H E L U H / M E N I D U R K A N . D I R I
..istilah 'megheluh' nampaknya kurang sesuai dalam konteks ayat ini memandangkan situasi stress tidak membenarkan proses tidur yang seperti itu berlangsung..hahaha:D kelegaan selepas makan megi ruski tomyam + menyingkirkan sisa2 buangan badan + urutan manja + alunan muzik tanpa henti..semestinya mampu membantu proses menidurkan diri..lantaran merehatkan minda yang durja..selamat malam 'stress';)


..sekian sahaja tips2 quick de-stress..tulis blog pon leh reduce stress:)

i'm de-stressed!!! :)

Related Posts with Thumbnails

B.L.O.G.nuff2

B.L.O.G.z

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!